Perpustakaan Negara Perkenal Sistem Tempah Buku Secara Atas Talian Yang Kemudian Dihantar Ke Rumah

23 Apr 2026 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda ingat kali terakhir anda ke sebuah perpustakaan? Saya kali terakhir tahun lalu kerana menanti MyKad baharu diproses dan perpustakaan bersebelahan JPN menjadi tempat paling selesa untuk bekerja. Tetapi ramai sudah tidak lagi ke perpustakaan kerana ebuku semakin mudah dibeli. Bagi mereka yang masih ingin meminjam buku daripada Perpustakaan Negara, anda kini boleh melakukannya tanpa perlu pergi sendiri ke perpustakaan.

image is not available

Quickbook2U@PNM dilancarkan semalam dengan ia bukan sahaja membenarkan anda meminjam buku dalam pustaka Perpustakaan Negara secara atas talian tetapi juga buku ini kemudiannya dihantar ke rumah. Ini selaras dengan fokus memudahkan urusan rakyat, membudayakan ilmu, memberikan akses lebih luas kepada bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan.

Selain itu sistem QuickKarel juga diperkenalkan bagi memudahkan sewaan ruang perpustakaan secara atas talian dengan ia menawarkan proses yang lebih pantas, sistematik dan efisien.

Walaupun kedua-dua sistem ini telah diumumkan oleh Aaron Ago Dagang, menteri Kementerian Perpaduan Negara semalam, kami masih belum dapat menemukan ciri ini diaktifkan di laman Perpustakaan Negara hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved