Persaingan deposit, kenaikan hasil bon dijangka perlahankan pendapatan sektor perbankan pada 3Q26, kata penganalisis

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 3:17 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Persaingan deposit, kenaikan hasil bon dijangka perlahankan pendapatan sektor perbankan pada 3Q26, kata penganalisis Image from: Persaingan deposit, kenaikan hasil bon dijangka perlahankan pendapatan sektor perbankan pada 3Q26, kata penganalisis hamden02/11/2026 - 15:17 Kredit gambar/ magnific.com Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Nov - Persaingan deposit yang semakin sengit dan peningkatan hasil bon global dijangka menyederhanakan prestasi pendapatan sektor perbankan Malaysia bagi suku ketiga berakhir September 2026 (3Q26), menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan hasil bon global sejak beberapa bulan kebelakangan ini turut memberi tekanan kepada saham perbankan, sekali gus menambah cabaran kepada prestasi sektor berkenaan dalam tempoh tersebut.

 

Dalam nota penyelidikannya, Maybank IB menjelaskan hasil bon yang lebih tinggi lazimnya memberi kesan negatif kepada bank kerana penurunan harga bon yang dipegang menyebabkan kerugian atas kertas lebih besar.

 

"Keadaan itu boleh menghakis modal bank dan memaksa institusi kewangan merekodkan kerugian sekiranya bon berkenaan dijual.

 

"Selain tekanan daripada pasaran bon, persaingan deposit yang semakin sengit turut dijangka menyumbang kepada penyederhanaan pendapatan bank secara suku ke suku bagi tempoh Julai hingga September," katanya.

 

Indeks KLCI berdepan cabaran

Maybank IB berkata, meskipun latar belakang makroekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) berdepan cabaran susulan momentum pendapatan korporat yang tidak sekata.

 

Firma penyelidikan itu turut memberi amaran mengenai risiko penurunan terhadap sasaran KLCI akhir tahun sebanyak 1,750 mata.

 

Menurutnya, sekiranya pertumbuhan pendapatan keseluruhan menjadi lebih perlahan daripada unjuran 5%-6% kepada 3%-4%, sasaran indeks itu berpotensi disemak turun kepada 1,670 hingga 1,680 mata, berbanding paras terakhir 1,620 mata.

 

“Kami berpendapat peningkatan kos tenaga dan operasi masih belum diambil kira sepenuhnya dalam pendapatan syarikat. Kami melihat sikap lebih berhati-hati terhadap perbelanjaan budi bicara mula muncul,” katanya.

 

Dalam sektor lain, Maybank Investment Bank menjangkakan sektor pengguna mengalami kelembapan bermusim susulan perbelanjaan budi bicara yang lebih berhati-hati, manakala peruncit dan pengeluar barangan pengguna turut berdepan peningkatan bil elektrik serta kos import.

 

Sektor berpotensi catat keputusan baik

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu melihat beberapa sektor berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik.

 

Syarikat perladangan dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan pengeluaran bermusim dan kos seunit yang lebih rendah, manakala kontraktor mekanikal dan elektrikal, syarikat teknologi serta tenaga boleh baharu berada pada kedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan pendapatan suku ke suku.

 

Sektor penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan pula dijangka menunjukkan peningkatan prestasi, disokong pertambahan jumlah pesakit dan intensiti hasil yang lebih tinggi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved