Perundangan alam sekitar diserah kepada Sarawak

LocalEnvironment
6 Nov 2026 • 5:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perundangan alam sekitar diserah kepada Sarawak

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju meluluskan pindaan perintah bagi membolehkan kuasa perundangan Persekutuan dalam bidang alam sekitar diserahkan kepada Sarawak.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan dicapai selepas Jemaah Menteri menerima memorandum daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhubung pindaan perintah kuasa perundangan bagi negeri itu.

Katanya,  kelulusan Jabatan Peguam Negara telah diperoleh untuk perintah tersebut dan akan diangkat untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen perdana menteri dan kerajaan Madani untuk terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam memastikan pemberian kuasa perundangan persekutuan kepada kerajaan Sarawak dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan, selaras Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penyempurnaan pindaan itu juga merupakan langkah awal sebelum penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) digantung di Sarawak.

“Ini membolehkan fungsi pengurusan buangan terjadual diserahkan kepada Kerajaan Sarawak secara berfasa, di samping mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara persekutuan dengan negeri.

“Kerajaan akan terus komited memastikan agenda pelaksanaan MA63 diterjemah melalui tindakan dan keputusan konkrit demi memperkukuh hubungan persekutuan dengan negeri serta menjamin kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Rang Undang-Undang pindaan Akta 127 memperkenalkan subseksyen baharu yang membolehkan menteri menggantung operasi semua atau mana-mana peruntukan akta di kawasan berbeza di seluruh negara. – UTUSAN

 

The post Perundangan alam sekitar diserah kepada Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved