Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat

LocalHealth & Fitness
4 Sep 2026 • 10:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat

PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads mendakwa terserempak dengan seorang pesakit sebuah hospital kerajaan yang didakwa melarikan diri di ibu negara pagi tadi.

Menerusi hantaran akaun Threads @Faiqnajmudin, individu berkenaan didakwa masih memakai baju pesakit selain membawa satu set plastik dipercayai bekalan ubat.

Menurutnya, individu yang dipercayai warga asing itu turut mempunyai kesan luka pada muka dan dilihat mundar-mandir sebelum cuba memasuki pondok pengawal keselamatan sebuah institusi seolah-olah mahu menyorok.

“Pesakit tersebut bawa lari baju pesakit, ubat dan muka ada kesan luka. Masa saya ambil gambar, dia perasan dan dia mundar-mandir cuba masuk ke postguard (pondok pengawal) menyorok dan keluar balik. Mungkin risau ditangkap,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Pengguna berkenaan turut mendakwa telah menghubungi talian utama hospital itu bagi memaklumkan kejadian terbabit berserta lokasi individu berkenaan.

“Harap dia serah diri semula ke hospital dan pulangkan kelengkapan yang dibawa lari,” katanya.

Hantaran berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai, termasuk komen seorang pengguna mengkritik sikap warga asing ketika menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan.

“Banyak ja macam ini, time sakit datang hospital kerajaan, kemudian larikan diri bila nak kena bayar, dasar perangai warga asing betul,” kata seorang pengguna.

“Ke dia ini memang dah keluar hospital? Tapi kalau ya pun, baju hospital jangan bawa sekali, pulangkan dulu. Masalah la,” tegur Sayuti. – KOSMO! ONLINE

The post Pesakit didakwa larikan diri, bawa baju dan ubat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved