![Image from: [VIDEO] Malam-malam la dia nak ‘briskwalk’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-04-at-15.40.52-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – “Malam-malam la dia nak briskwalk (berjalan),” demikian seloroh seorang pengguna Threads selepas kenderaan dinaiki beberapa individu melanggar seekor gajah yang cuba melintas jalan di kawasan Perani, Kota Tinggi, Johor malam tadi.
Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads @bubumisskhan menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) hari ini.
“Rezeki malam jumaat. Kawasan Perani, Kota Tinggi,” katanya.
Berdasarkan rakaman tersebut, dua ekor gajah dilihat berada di kawasan tepi jalan sebelum kedua-duanya cuba melintas jalan raya dalam keadaan gelap.
Sebuah kenderaan yang melalui laluan berkenaan kemudian dilihat menghampiri gajah terbabit sebelum melanggar salah seekor daripadanya.
Kenderaan berkenaan dipercayai tidak sempat mengelak kerana keadaan jalan yang gelap dan kemunculan gajah secara tiba-tiba.
Akibat rempuhan itu, seekor gajah yang dilanggar terseret ke tengah jalan, manakala seekor lagi kekal berada di tepi jalan.
Rakaman dashcam memaparkan kejadian berlaku sekitar 10.50 malam.
Hantaran tersebut terut mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
“Ya Allah kau selamatkan gajah-gajah tu dan semua haiwan dekat dunia. Sakitnya dia kene langgar ya Allah kesiannya,” kata Basyi.
“Kawasan tu memang laluan gajah. Kena pandu perlahan. Harap gajah dan tuan kereta, tak ada apa-apa serius. Lepas ini sila beringat. Kawasan lepas Kota Tinggi ke Mersing memang laluan haiwan liar,” pesan Melati. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Malam-malam la dia nak ‘briskwalk’ appeared first on Kosmo Digital.



![[VIDEO] Pukul 5 pagi masih ramai budak main basikal lajak dalam KL](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/basikal-lajak-1-1024x636.jpeg)
