Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’

9 Oct 2026 • 10:04 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’

TANGKAK: Seorang pesara kerajaan berputih mata selepas kerugian RM70,000 akibat terjerat taktik penipuan panggilan telefon oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun, kelmarin.

Beliau berkata, suspek yang menyamar sebagai pegawai polis telah menghubungi mangsa pada 30 September lalu dan mendakwa warga emas berkenaan terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

“Suspek memperdaya mangsa supaya menyerahkan kad ATM miliknya menerusi perkhidmatan penghantaran seperti diarahkan bagi tujuan siasatan pihak polis.

“Mangsa kemudian menyedari ditipu selepas mendapati berlaku pengeluaran wang tunai sebanyak tujuh transaksi dari akaunnya tanpa pengetahuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Roslan, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-UTUSAN

The post Pesara rugi RM70,000 diperdaya ‘pegawai polis’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved