Pestec terima kelulusan Bursa Malaysia untuk dikecualikan daripada kategori PN17

LocalBusiness & Finance
29 Aug 2025 • 9:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pestec terima kelulusan Bursa Malaysia untuk dikecualikan daripada kategori PN17

image is not available

29/08/2025 - 09:20

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pestec International Bhd telah memperoleh kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi pengecualian daripada diklasifikasikan sebagai syarikat tersenarai terjejas di bawah Amalan Nota 17 (PN17).

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan grid kuasa dan rangkaian rel itu berkata, ia akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat selepas ini dan mematuhi semua keperluan yang ditetapkan penyenaraian Bursa Malaysia.

“Permohonan untuk pengecualian itu dibuat dengan langkah Pestec menyenaraikan 231.79 juta saham terhad pada Pasaran Utama pada 13 Jun 2025 pada harga 12 sen sesaham.

“Selain itu, Pestec memulakan skim pengurusan pra pakej di bawah Seksyen 369C Akta Syarikat 2016 yang membolehkan mahkamah meluluskan skim pemulihan tanpa mengadakan mesyuarat pemiutang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Selain itu, Pestec melaksanakan satu skim pengaturan pra-pakej di bawah Seksyen 369C Akta Syarikat 2016, yang diluluskan pemiutang skim pada 15 Januari 2025 dan disahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 April 2025.

Skim tersebut telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 26 Mei 2025.

Sehari selepas itu, Pestec telah membuat bayaran tunggal berjumlah RM65 juta kepada pemiutang skim, serta berjaya memperoleh pengecualian hutang sebanyak RM202 juta.- DagangNews.com

standard