Petra Energy jual dua kapal bernilai RM61.3 juta kepada syarikat UAE dan India

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 9:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Petra Energy jual dua kapal bernilai RM61.3 juta kepada syarikat UAE dan India Image from: Petra Energy jual dua kapal bernilai RM61.3 juta kepada syarikat UAE dan India liza30/07/2026 - 09:11 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Julai – Petra Marine Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petra Energy Bhd menjual dua aset maritimnya menerusi urus niaga tunai bernilai keseluruhan RM61.31 juta sebagai langkah memperkukuh aliran tunai dan mengoptimumkan pengurusan aset syarikat.

 

Langkah itu melibatkan penjualan kapal sokongan luar pesisir, Petra Orbit serta kapal tongkang kerja, Petra Endeavour kepada dua syarikat berasingan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata kapal tersebut dijual bagi menukar aset yang kurang menjana pulangan kepada tunai dan membolehkan hasil daripada urus niaga itu digunakan sebagai modal kerja untuk menyokong operasi perniagaan syarikat.

 

Petra Orbit dijual kepada Beaufond Swissline FZ-LLC, cabang komersial kepada pengeluar bahan kimia dari Emiriah Arab Bersatu, Beaufond plc, pada harga RM29.63 juta.

 

Sementara itu, Petra Endeavour dijual kepada syarikat AJR Oil & Gas Engineering Services dari India pada harga RM31.67 juta.

 

Butiran Urus Niaga

Kedua-dua urus niaga itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September 2026, selepas dua kapal tersebut diserahkan kepada pembeli.

 

Sebelum penyerahan dibuat, Beaufond Swissline FZ-LLC akan membayar deposit sebanyak 20% daripada nilai pembelian manakala AJR Oil & Gas Engineering Services akan menjelaskan deposit sebanyak 25% sebaik sahaja perjanjian jual beli dimeterai.

 

Petra Energy turut memaklumkan kedua-dua kapal berkenaan dibina pada tahun 2009. Petra Orbit mempunyai nilai  sebanyak RM25.01 juta ketika cadangan pelupusan dibuat, manakala Petra Endeavour bernilai RM30.06 juta.

 

Ini bermakna kedua-dua aset tersebut dijual pada harga yang melebihi nilai buku masing-masing dan berpotensi memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan syarikat.

 

Strategi melupuskan aset yang tidak lagi memberi pulangan optimum itu dilihat sejajar dengan usaha syarikat untuk meningkatkan kecekapan penggunaan aset serta menyediakan lebih banyak dana bagi menyokong keperluan operasi semasa. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved