“Pewaris Siti Sarah” – Netizen Puji Bakat Vokal Anak Shuib

Entertainment
7 Nov 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak kepada pelawak dan pengacara radio, Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra kini sedang mencuri tumpuan netizen selepas video yang dirakam oleh ibu tirinya, Watie menghadiri kelas muzik tular.

Dalam video tersebut dilihat Talita sedang melakukan sesi warm up vokal bersama seorang guru sementara Watie dilihat merakam dari belakang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji bakat yang ada pada Talita, mereka menyifatkan ianya warisan daripada arwah ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Bahkan, ada juga yang memuji dengan sikap gigih Watie dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai ibu tiri kepada anak-anak Shuib.

image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, Jun lalu, Shuib dan Watie telah bernikah di Putra Glass House, Shah Alam. Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.

Shuib dan Sarah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahran, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved