PKR tanding sembilan kerusi PRN Melaka, umum calon 24 Oktober – Fuziah

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 12:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PKR tanding sembilan kerusi PRN Melaka, umum calon 24 Oktober – Fuziah

JOHOR BAHRU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal bertanding sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, senarai calon parti berkenaan yang akan bertanding hampir dimuktamad dan akan diumum Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober depan.

Menurut beliau, pengumuman itu akan dibuat serentak dengan pengumuman calon-calon PH melibatkan parti komponen lain.

“PH akan umumkan calon pada 24 Oktober, minggu depan. Bagi PKR, calon kami ‘more or less confirm, final’. Insya-Allah setakat ini kita bertanding di sembilan kerusi, PKR ya, PH sudah tentu semua.

“Buat masa ini apa yang penting adalah untuk kita memastikan bahawa persiapan berjalan dengan lancar, ‘we will give a very good fight’,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Jelajah Pemeran Francais Antarabangsa Malaysia 2027 (Road to FIM2027) – Zon Selatan, di sini hari ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut berkata, sebarang perancangan berhubung kerjasama akan dirahsiakan terlebih dahulu sebagai strategi politik.

“Perbincangan rasmi itu tiada, tetapi kalau ada pihak yang mahu membantu, kita amat alu-alukan. Namun daripada segi persefahaman rasmi, memang tiada.

“Soal sama ada kita akan adakan kerjasama dengan mana-mana pihak lain itu melibatkan strategi, jadi soal strategi kita simpan dahulu ya,” katanya.

Pengumuman calon-calon PH bagi PRN Melaka akan diadakan serentak dengan pelancaran jentera gabungan berkenaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November depan sebagai tarikh rasmi hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, manakala Hari Penamaan Calon pada 31 Oktober ini.-UTUSAN

The post PKR tanding sembilan kerusi PRN Melaka, umum calon 24 Oktober – Fuziah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved