PH mahu BN tetap pendirian sama ada kerjasama hadapi PRN Melaka

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 11:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PH mahu BN tetap pendirian sama ada kerjasama hadapi PRN Melaka

MASJID TANAH  – Barisan Nasinal (BN) diminta memberi pendirian berhubung kemungkinan untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini tiada perkembangan berhubung pertemua antara kedua-dua pihak dan PH tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya BN tidak berminat untuk bekerjasama.

Beliau meminta pendirian itu dimaklumkan supaya PH dapat meneruskan persiapan menghadapi PRN Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

“Setakat ini tidak ada lagi ura-ura (kerjasama), bila nak sampai bubar (DUN) saya tak pasti, tetapi mungkin mereka tidak berminat.

“Kita tiada masalah kalau tak minat,” katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Jentera Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor mempersoalkan pendirian BN yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kemungkinan untuk kerjasama.

“Mulanya kata macam nak bergerak solo, kemudian nak dengan Pas, lepas itu boleh pula nak pergi dengan PH. Mungkin itu hanya bagi mengaburi pihak lawan dan kawan,” ujarnya.

Katanya, PH bersedia menghadapi pelbagai senario termasuk bertanding solo dan juga membentuk jajaran baharu

PH bagaimanapun katanya, tidak akan menunggu perkembangan rundingan semata-mata, sebaliknya meneruskan persiapan terutamanya menggerakkan jentera, memperkukuh pasukan dan membuat persediaan di kawasan untuk ditandingi.

 

 

The post PH mahu BN tetap pendirian sama ada kerjasama hadapi PRN Melaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved