Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya tak gentar ‘gelora’ GBK

27 Sep 2026 • 9:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya tak gentar ‘gelora’ GBK

PETALING JAYA – Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak gentar berdepan lautan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi kedua Kumpulan A Piala ASEAN FIFA, malam esok.

Faisal sebaliknya mengingatkan rakan sepasukan supaya kekal tenang serta bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi suasana hangat di gelanggang keramat Sang Garuda itu.

“Kita tak perlu risau ataupun khuatir dengan provokasi oleh penyokong Indonesia. Apa yang saya harap, semua rakan saya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental.

“Di dalam padang kita hanya bermain 11 lawan 11. Penyokong hanya boleh memberi semangat dan sorakan,” katanya pada sesi latihan di Jakarta, hari ini.

Pemain Selangor itu turut menganggap sorakan puluhan ribu penyokong Indonesia sebagai satu bentuk motivasi, bukannya tekanan yang perlu digeruni oleh rakan sepasukan.

“Kita anggap penyokong Indonesia itu sebagai penyokong kita sendiri juga untuk memberi semangat kepada pasukan,” katanya.

Malaysia hadir dengan keyakinan selepas membelasah Bangladesh 3-0 pada aksi pembukaan, manakala Indonesia turut mengutip tiga mata selepas menewaskan Singapura 2-0. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN FIFA: Harimau Malaya tak gentar ‘gelora’ GBK appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved