Piala ASEAN FIFA: Pesta tanpa sebarang makna

FootballSports
3 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Pesta tanpa sebarang makna

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui beliau terpaksa menelan kepahitan apabila Harimau Malaya gagal melangkah ke final Piala ASEAN FIFA 2026 biarpun melakar kemenangan terbesar ke atas Singapura dalam tempoh hampir lima dekad.

Pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung kelmarin, skuad negara membelasah Singapura 6-0 sekali gus mengulangi keputusan sama ke atas pasukan Seberang Tambak ketika Pesta Bola Merdeka edisi 1978.

Lebih menarik, ia adalah kemenangan terbesar skuad negara di peringkat antarabangsa dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir meraih jumlah jaringan bergaya ketika menang 10-0 ke atas Papua New Guinea pada Jun 2022.

Namun, pesta gol itu tetap tidak mencukupi untuk menghadiahkan tiket ke final selepas Indonesia menewaskan Bangladesh 9-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan A sekali gus memiliki kelebihan jaringan.

Menurut Cheng Hoe, keputusan tersebut ibarat ‘kalah dalam menang’ yang cukup perit untuk diterima dalam bola sepak.

“Pemain menunjukkan permainan yang cukup baik, begitu komited dalam setiap pergerakan, kawalan bola dan penyudah juga sangat baik.

“Tetapi, dalam bola sepak perkara seperti ini boleh berlaku. Ia ibarat suka dan duka. Kita perlu bergerak ke hadapan, berfikiran positif kerana pasukan ini perlu terus berkembang serta meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali berusia 58 tahun itu tetap berbangga dengan pencapaian anak buahnya yang berjaya mencipta sejarah baharu untuk menewaskan skuad kendalian Gavin Lee itu.

“Sebagai jurulatih, saya bangga dengan keputusan ini. Saya rasa ini satu sejarah apabila kita menewaskan Singapura dengan jaringan besar.

“Kita perlu terima hakikat bahawa kita tidak layak ke final. Tetapi, yang penting, dalam tiga perlawanan ini kita bermain dengan baik.

“Sudah tentu ada sedikit kekecewaan, tetapi saya percaya jika pemain terus meningkat dan percaya dengan cara permainan yang diterapkan, pasukan ini mempunyai masa depan yang cerah,” katanya.

Skuad negara dijangka bertemu Vietnam pada penentuan tempat ketiga pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin ini.

The post Piala ASEAN FIFA: Pesta tanpa sebarang makna appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved