Piala ASEAN: Harimau Malaya masih ada harapan

LocalFootball
18 Aug 2026 • 8:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN: Harimau Malaya masih ada harapan

KAPTEN Harimau Malaya, Paulo Josue percaya Malaysia masih mempunyai peluang untuk mencipta kebangkitan luar biasa ketika berdepan Vietnam dalam aksi separuh akhir kedua Piala ASEAN 2026 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, malam esok.

Josue menegaskan Vietnam tidak mendominasi sepenuhnya pertemuan pertama, sebaliknya perbezaan antara kedua-dua pasukan lebih kepada ketajaman penyudah serta kelebihan kecil yang memihak kepada lawan.

Pemain naturalisasi dari Brazil itu enggan menganggap perjuangan Harimau Malaya sudah berakhir walaupun ketinggalan agregat 0-2 susulan kekalahan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Ahad lepas.

“Kami sudah membuktikan bahawa jika kami bekerja keras, kekal berdisiplin dan terus bersatu, peluang akan sentiasa ada. Kami mempunyai skuad yang sangat muda, jadi beberapa kesilapan di sana sini memang boleh berlaku.

“Pemain tahu perjalanan ke Hanoi dan bermain di sana sangat sukar, tetapi kami masih mempunyai 90 minit untuk berdepan mereka. Apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, pertahanan muda negara, Aysar Hadi turut senada dengan Josue dengan menganggap tiada apa yang mustahil dalam 90 minit perlawanan bola sepak terutama di peringkat kalah mati.

“Kita tahu Vietnam ada kelebihan berdasarkan keputusan yang mereka raih sebelum ini. Namun, pasukan tetap optimis dan yakin untuk cuba meraih keputusan positif pada perlawanan kedua nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Piala ASEAN: Harimau Malaya masih ada harapan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved