
Skuad B-15 Bangladesh hampir mencipta kejutan ke atas Portugal sebelum tewas 1-3 dalam saingan Kumpulan G, Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026, baru-baru ini.
Skuad muda Portugal dikejutkan seawal 35 saat pertama selepas hantaran lintang pemain sayap negara Bangladesh itu dinoktahkan dengan rembatan kencang Mohammad Bayzid untuk menewaskan penjaga gol Portugal.
Quando a Fifa acerta temos de admitir: baita ideia um Mundial sub-15 com todas as seleções convidadas. Olha a loucura dos meninos de Bangladesh por marcarem em Portugal. https://t.co/cgtwSMSZGN
— Leonardo Bertozzi (@lbertozzi) October 26, 2026
Begitupun, Portugal bangkit menerusi jaringan sendiri pemain Bangladesh pada minit ketujuh sebelum gol Ruben Pinto dan gol ketiga hadir untuk memastikan kebangkitan Portugal atasi Bangladesh 3-1.
⏰ FULL TIME 🇧🇩 Bangladesh 1️⃣—3️⃣ Portugal 🇵🇹 🏆 FIFA U15 World Cup #OriginFoot #BangladeshFootball #fifau15worldcup https://t.co/Ma7NXTVbBC
— Origin Foot (@OriginFoot_bd) October 25, 2026
Dalam saingan Kumpulan G, Wales (13) muncul juara kumpulan diikuti Portugal (12) sebagai naib juara.






