
Skuad B-15 Indonesia kembali melakar kemenangan selepas menewaskan Burundi 6-1 dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia dan Festival FIFA B-15 2026 di Pitch 5B, Hovsan Competition Complex, Azerbaijan, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Indonesia berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan G dengan tujuh mata dibawah Wales dan Portugal.
📊FIFA U15 WORLD CUP 2026 - QUALIFICATION STAGE STANDINGS A look at the groups featuring all 11 ASEAN teams at the FIFA U-15 World Cup & Festival Azerbaijan 2026. ASEAN teams are highlighted across the three graphics. #U15WC https://t.co/Mco3VYzhCx
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 26, 2026
Sebelum ini, Indonesia terpaksa akur tewas melawan 1-2 kepada Portugal sebelum berkongsi mata apabila terikat 1-1 berdepan Bangladesh dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia dan Festival FIFA B-15 2026 di Pitch 5B, Hovsan Competition Complex, Azerbaijan, pada Ahad.
Sementara itu, antara negara dari Asia Tenggara lain yang turut mencuri tumpuan adalah Thailand dalam Kumpulan M yang berada di kedudukan ketiga dengan sembilan mata, Vietnam dengan sembilan mata dalam Kumpulan R dan Malaysia mengumpul 10 mata di kedudukan kedua dalam Kumpulan H.






