
Skuad B-15 negara sah akan beraksi dalam Tier B saingan Piala Dunia FIFA B-15 selepas tewas tipis 0-1 di tangan Mexico sebentar tadi.
Dalam aksi di Baku, Azerbaijan itu, gol tunggal yang dijaringkan Mexico pada minit ke-17 menjadi pemisah untuk Harimau Muda terpaksa berpuas hati selaku naib juara Kumpulan H.
Ia merupakan kekalahan pertama skuad muda negara itu dalam kempen berkenaan selepas mencatatkan tiga kemenangan dan satu keputusan seri.
Anak buah P. Maniam itu seterusnya akan menantikan lawan dalam Tier B kejohanan berkenaan.
Mexico pula mara ke Tier A selaku juara kumpulan.






