Piala FA: KL City hanya raih bekalan tipis

LocalFootball
1 Sep 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: KL City hanya raih bekalan tipis

 

MANJUNG – Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue sekali lagi muncul wira Kuala Lumpur City ketika tewaskan Perak 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.

Bagaimanapun, jaringan tunggal perlawanan itu hanya terhasil menerusi sepakan penalti selepas kesilapan pertahanan tuan rumah melakukan kesilapan dengan mengasari Muhamad Baqiuddin Shamsudin.

Terdahulu, Perak yang hadir sebagai wakil Liga A1 Semi Pro berjaya memberikan kesukaran buat The City Boys hingga aksi babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Bagaimanapun, 15 minit selepas aksi bersambung, skrip perlawanan berubah selepas Muhammad Firdaus Ahmad Fuad dilayangkan kad merah.

Kelebihan seorang pemain menyaksikan KL City terus memberikan tekanan kepada Perak dan minit ke-84, pertahanan tuan rumah, Nik Umar Nik Azizi tersilap langkah dengan menjatuhkan Muhamad Baqiuddin.

Kesilapan itu pantas dikesan pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin yang menghadiahkan penalti buat pelawat dan Josue tampil tenang menyudahkan peluang berkenaan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 9 September ini. – KOSMO! ONLINE

The post Piala FA: KL City hanya raih bekalan tipis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved