Pihak bersalah isu RCI Tabung Haji berdepan tindakan undang-undang

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 2:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pihak bersalah isu RCI Tabung Haji berdepan tindakan undang-undang

TAMPIN: Sebarang tindakan susulan berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji perlu dilaksanakan mengikut proses undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dijangka membuat keputusan berhubung laporan RCI itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini sebelum memutuskan untuk mendedahkannya kepada umum.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang tidak melakukan kesalahan berhak mempertahankan diri, manakala mereka yang didapati bersalah perlu didakwa serta menerima hukuman mengikut proses perundangan.

“Mudah-mudahan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita akan putuskan. Ada laporan. Biar orang baca.

“Siapa kalau tak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa. Kalau dihukum, masuk penjara. Masuk penjara, itu bukan urusan saya,” katanya katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap institusi mempunyai bidang kuasa masing-masing dan Perdana Menteri tidak boleh mencampuri urusan siasatan, pendakwaan mahupun keputusan mahkamah.

“Sistem kita menetapkan, siasat itu badan siasatan. Buat pertuduhan, itu peguam negara.

“Tak boleh hukum. Itu para hakim. Itu bukan urusan Perdana Menteri. Tetapi seorang Perdana Menteri yang diamanahkan harus jujur menyatakan proses itu mesti berjalan secara bebas mengikut Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan bahawa amanah merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan kerana pengkhianatan terhadap amanah akan memberi kesan kepada negara.

“Masalahnya ialah orang yang diamanahkan itu khianat kepada amanah.

“Saya singgung hal ini kerana negara, bagi saya, tidak mungkin dapat mempertahankan keamanannya jika orang yang diamanahkan mengkhianati amanah,” katanya. – UTUSAN

The post Pihak bersalah isu RCI Tabung Haji berdepan tindakan undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved