Pikap tular dipandu lelaki Rohingya ditahan JPJ

11 Aug 2026 • 2:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pikap tular dipandu lelaki Rohingya ditahan JPJ

ALOR SETAR – Sebuah pikap yang tular di media sosial kerana dipandu lelaki etnik Rohingya baru-baru ini akhirnya berjaya ditahan dan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Timur 1, di sini hari ini.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pikap jenis Isuzu D-Max dipandu lelaki Rohingya berusia 33 tahun dan bekerja sebagai penyelia tapak projek itu ditahan dalam Operasi Pemandu Warganegara Asing (Pewa) kira-kira pukul 8.07 pagi tadi.

“Pemeriksaan mendapati pemandu pikap itu tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL), manakala pikap didapati mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans sah.

“Siasatan mendapati pikap tersebut yang digunakan sejak Mei lalu adalah milik sebuah syarikat yang didakwa diberikan kepada lelaki itu untuk kegunaan kerja harian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua remaja lelaki etnik sama yang menaiki sebuah motosikal cuba melarikan diri ketika tindakan pemeriksaan dijalankan di Kilometer 171, Jalan Serdang-Selama di Kulim, dekat sini kelmarin.

Kata Stien, mereka yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kebun kelapa sawit bertindak memecut dengan melalui laluan sempit sejauh kira-kira lima kilometer dengan tidak mengendahkan amaran penguat kuasa.

“Mereka akhirnya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tiada lesen memandu, manakala LKM serta insurans motosikal berkenaan juga didapati sudah tamat tempoh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Pikap tular dipandu lelaki Rohingya ditahan JPJ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved