Pilih yang mampu, bukan sekadar nama

LocalFootball
13 Aug 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pilih yang mampu, bukan sekadar nama

KUALA LUMPUR – Kredibiliti dan kemampuan calon harus menjadi pertimbangan utama buat setiap ahli gabungan yang bakal memilih pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 17 September ini.

Mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, calon yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran bola sepak wajar dipertimbangkan kerana mereka pastinya sedar tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

“Bagi saya, ahli gabungan perlu melihat kepada merit setiap calon. Jangan hanya kerana seseorang itu muka lama, kita terus ketepikan. Begitu juga muka baharu, mereka juga perlu dinilai berdasarkan kemampuan dan pengalaman yang ada.

“Kalau calon lama mempunyai pengalaman dan rekod yang baik, mereka juga masih berkelayakan untuk menawarkan diri. Yang penting ialah siapa yang mampu memberikan sumbangan terbaik kepada FAM,” katanya.

Hisamudin juga mengesahkan sudah menerima pencalonan merebut Exco FAM dan sudah pun menyatakan jawapan bersedia untuk menabur khidmat.

Dalam masa sama, Hisamudin menjelaskan persaingan antara muka lama dan baharu adalah perkara positif kerana pada akhirnya setiap gerak kerja adalah demi kebaikan bola sepak negara.

“Yang kita mahu ialah orang yang benar-benar boleh bekerja, mempunyai pengalaman dan idea untuk membantu FAM bergerak ke hadapan. Kalau muka lama masih mempunyai kemampuan dan pengalaman, berikan peluang.

“Kalau muka baharu pula mempunyai idea serta kemampuan, mereka juga patut diberi ruang. Pertandingan ini biarlah terbuka dan ahli gabungan membuat keputusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pilih yang mampu, bukan sekadar nama appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved