PKR perlu kekal gerakan massa, junjung amanah rakyat - Anwar

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 10:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PKR perlu kekal gerakan massa, junjung amanah rakyat - Anwar
Anwar

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu perlu terus berperanan sebagai gerakan massa yang menjunjung integriti, keadilan sosial, perpaduan serta amanah rakyat dan bukan sekadar wadah untuk memenangi pilihan raya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, prinsip itu penting dalam usaha membina Malaysia yang lebih bermaruah, makmur dan adil untuk semua.

Sambil mengucapkan selamat menyertai Kongres Nasional PKR 2026 kepada para perwakilan, Anwar berharap himpunan itu menjadi medan muhasabah untuk menilai pencapaian dan memperteguh langkah meneruskan agenda Reformasi.

"Semoga ALLAH SWT memberkati segala ikhtiar kita untuk pertiwi tercinta, insya-ALLAH,” katanya.

Kongres Nasional PKR 2026 berlangsung selama dua hari mulai esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka dengan tema "Memugar Reformasi, Membina MADANI”.

Kongres itu dilihat sebagai medan penting bagi memperkukuh hala tuju parti, selain menyuntik semula roh perjuangan reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR dalam mendepani cabaran landskap politik semasa.

Anwar akan merasmikan kongres itu esok dan menyampaikan ucapan dasar yang pastinya ditunggu-tunggu oleh para perwakilan bagi menggariskan agenda strategik serta hala tuju perjuangan parti untuk tempoh akan datang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved