PKR Terengganu mahu pucuk pimpinan putuskan hala tuju

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 8:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PKR Terengganu mahu pucuk pimpinan  putuskan hala tuju

KUALA TERENGGANU: Isu hala tuju PKR dalam Kerajaan Perpaduan perlu diberi perhatian utama semasa Persidangan Nasional parti itu di Melaka, minggu depan.

Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, Datuk Azan Ismail berkata, keputusan muktamad perlu dibuat bagi memastikan ahli di semua peringkat tidak terus keliru mengenai hala tuju parti, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Katanya, perkara itu penting memandangkan kedudukan politik Terengganu berbeza berbanding beberapa negeri lain apabila Barisan Nasional (BN) dan PKR masing-masing tidak memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kerajaan Perpaduan perlu menyatakan satu hala tuju yang jelas terutama kepada PKR Terengganu supaya kita dapat mengatur strategi bagi menghadapi PRU16.

“Selain itu, PKR Terengganu berharap kepemimpinan pusat membuat keputusan berhubung kedudukan masing-masing, termasuk pembahagian kerusi untuk PRU akan datang.

“Saya harap dalam persidangan itu nanti, isu ini dapat diterangkan dengan jelas supaya PKR Terengganu mahu Pakatan Harapan (PH) dapat membuat persediaan sewajarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, Azan berkata, meskipun Kerajaan Perpaduan tidak berkuasa di Terengganu, kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN dilihat sukar untuk direalisasikan di negeri ini.

Katanya, perkembangan positif kerjasama antara kedua-dua parti di Johor dan Ne­geri Sembilan tidak boleh dijadikan ukuran bagi Terengganu kerana landskap politik negeri ini berbeza.

“Seperti yang kita tahu, BN tidak mempunyai satu kerusi pun di Terengganu. Jadi, agak mustahil Pas mahu memberikan peluang atau kerusi kepada BN.

“Saya percaya mereka akan menghadapi laluan yang sukar sekiranya kerjasama ini diteruskan di Terengganu. Malah, hasrat BN untuk kembali bertapak di Terengganu juga tidak mudah dicapai,” katanya.-UTUSAN.

The post PKR Terengganu mahu pucuk pimpinan putuskan hala tuju appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved