Tiga hari MAHA catat jualan RM6 juta

LocalBusiness & Finance
31 Aug 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga hari MAHA catat jualan RM6 juta

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan 1.8 juta pengunjung dalam tempoh tiga hari pertama penganjuran dengan nilai jualan hampir RM6 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebanyak 184,000 kenderaan turut direkodkan keluar masuk kawasan pameran sepanjang tempoh itu, menunjukkan aliran trafik yang tinggi susulan kehadiran pengunjung yang ramai.

Beliau berkata, MAHA 2026 menyasarkan nilai jualan sekurang-kurangnya RM58 juta sepanjang penganjurannya, dengan pembelian termasuk benih tanaman dijangka menyumbang kepada jumlah berkenaan.

“Tiga hari berlalu, kehadiran pengunjung MAHA mencecah 1.8 juta dengan jumlah kenderaan keluar masuk 184,000. Ini bermakna trafik sangat sesak di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Laman Padi MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Mengenai isu pengangkutan susulan peningkatan jumlah pengunjung, Mohamad berkata, perkhidmatan itu telah ditambah dan penambahbaikan akan terus dilakukan berdasarkan keperluan semasa.

Beliau berkata, jawatankuasa berkaitan mengadakan mesyuarat setiap hari bagi meneliti aduan diterima dan mencari langkah penyelesaian bagi memastikan kejayaan penganjuran MAHA.

“Tadi, saya berjalan di depan pavilion negeri dan melihat barisan begitu panjang. Kita sudah beritahu kepada pihak pengurusan untuk mencari jalan bagi membawa mereka dengan segera kerana cuaca panas sekarang,” katanya.

Mohamad berkata, kehadiran pengunjung yang tinggi didorong oleh penganjuran pelbagai program sepanjang MAHA, termasuk MAHA Merdeka, semalam, yang antaranya melibatkan pertunjukan bunga api dan dron sempena sambutan Hari Kebangsaan.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept di MAEPS membabitkan kira-kira 2,000 pempamer dengan sasaran kehadiran lebih empat juta pengunjung. – Bernama

The post Tiga hari MAHA catat jualan RM6 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved