Platform media sosial digesa lebih proaktif bendung jualan dadah

LocalTechnology
9 Sep 2026 • 3:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Platform media sosial digesa lebih proaktif bendung jualan dadah

KUALA LUMPUR – Platform media sosial dan dagangan dalam talian digesa mengambil tindakan lebih proaktif bagi membendung penjualan dadah secara haram, bukan hanya menunggu laporan daripada pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Eneng Faridah Iskandar berkata, pendekatan sekadar melaporkan kandungan untuk diturunkan tidak memadai sekiranya platform tidak mengambil langkah pencegahan sendiri.

“Jadi kita rasakan bahawa sebagaimana efektifnya kita boleh melaporkan selagi platform tidak bertindak secara proaktif, maka kita ini seperti ‘kalah dalam pertarungan’. Sebab dia akan macam muncul semula,” katanya ketika ditemui pada M360 ASEAN, di sini hari ini

Beliau berkata, tanggungjawab platform kini semakin penting menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 yang menggariskan sembilan kemudaratan, termasuk penjualan dadah dalam talian.

“Jadi kita sebenarnya menyuntut supaya platform ini terturut tampil kehadapan dan membuat sesuatu yang lebih serius,” katanya.

Katanya, platform juga perlu memperincikan tindakan yang diambil bagi memastikan kandungan berkenaan tidak dapat diakses pengguna di negara ini menerusi pelan keselamatan dalam talian masing-masing.

Beliau berkata, platform yang dilesenkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian mempunyai teknologi yang canggih dan sewajarnya mampu mengambil langkah lebih berkesan.

“Jadi mereka perlu memperincikan apa tindakan yang mereka telah ambil untuk memastikan bahawa kesembilan kandungan yang mengutarakan ini termasuklah kandungan yang menjual dadah ni, mereka sekat daripada dapat diakses oleh pengguna di negara kita,” katanya.

Eneng Faridah berkata, MCMC akan terus menjalankan tanggungjawabnya melaporkan kandungan tidak wajar kepada platform untuk diturunkan, namun usaha itu perlu disokong tindakan proaktif pengendali platform.

Katanya, kerjasama media dan rakyat juga diperlukan bagi memastikan platform dipertanggungjawabkan dalam menangani kandungan yang boleh memudaratkan pengguna. – KOSMO! ONLINE

The post Platform media sosial digesa lebih proaktif bendung jualan dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved