UMNO mahu lahirkan lebih ramai selebriti digital! AIRA jadi instrumen baharu

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 2:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai ‘selebriti digital’ dalam kalangan ahli dan jentera penerangan di peringkat bahagian serta cawangan bagi memperkukuh strategi komunikasi parti dalam era digital.

Image from: UMNO mahu lahirkan lebih ramai selebriti digital! AIRA jadi instrumen baharu

Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata, perkembangan teknologi termasuk penggunaan media sosial, kecerdasan buatan (AI) dan perubahan algoritma memerlukan parti memperkemas pendekatan penerangan sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, jentera penerangan tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai kemahiran menghasilkan kandungan digital yang mampu menarik perhatian serta menyampaikan maklumat dengan berkesan.

“Bila cakap tentang penerangan bagi satu parti yang besar seperti parti kita, penerangan adalah terletak pada semua ahli-ahli kita.
“Kita melihat teknologi digital kegunaan like, share dan komen dilihat sebagai satu senjata yang dapat membantu kita terutama sekali berhadapan dengan algoritma penerangan kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan dan Majlis Aspirasi Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya lagi gerakan penerangan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri perlu dilihat sebagai satu kekuatan yang mampu membantu parti berdepan perubahan landskap digital, khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau berharap Sekolah Digital yang diperkenalkan dapat diperluaskan dari peringkat akademi kepada bahagian dan seterusnya cawangan, terutama bagi tempoh 2026 hingga 2027.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penekanan terhadap penggunaan Artificial Intelligence (AI) sebagai sebahagian daripada pendekatan baharu penerangan UMNO menerusi AIRA.

Menurutnya, AIRA dibangunkan sebagai satu instrumen baharu gerak kerja penerangan UMNO bagi membantu memberikan penjelasan terhadap isu yang memerlukan klarifikasi.

Image from: UMNO mahu lahirkan lebih ramai selebriti digital! AIRA jadi instrumen baharu

“AIRA ini adalah gerak kerja elemen baru pergerakan UMNO Malaysia dengan kerjasama Sekolah Kreatif UMNO Malaysia. Kita menggunakan Artificial Intelligence Assistant, AIRA, sebagai satu pendekatan baru untuk memperbetulkan pelbagai isu-isu yang kita memerlukan klarifikasi,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, AIRA sebelum ini diperkenalkan dalam konteks pilihan raya bagi membantu calon dan masyarakat mendapatkan maklumat serta penjelasan, terutama berkaitan calon baharu yang kurang dikenali oleh pengundi.

Pendekatan tersebut membuktikan teknologi AI boleh dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada strategi penerangan parti, bukan sahaja di peringkat pusat tetapi turut diperluaskan kepada bahagian dan cawangan.

Sehubungan itu, beliau mahu jentera penerangan di semua peringkat mengambil peluang daripada perkembangan teknologi berkenaan untuk membina kekuatan digital masing-masing.

Beliau berkata usaha melahirkan lebih ramai penggerak kandungan digital di peringkat akar umbi penting supaya setiap bahagian dan cawangan mempunyai individu yang mampu menjadi wajah penerangan parti di media sosial.

Pendekatan itu secara tidak langsung dapat mewujudkan lebih ramai ‘selebriti digital’ UMNO yang mampu menyampaikan naratif parti secara lebih dekat, pantas dan berkesan kepada masyarakat setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved