PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 1:34 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman di sini yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

The post PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved