PM arah Kesuma teliti prestasi TalentCorp, termasuk permohonan doktor luar negara

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 3:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM arah Kesuma teliti prestasi TalentCorp, termasuk permohonan doktor luar negara

Oleh PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) supaya meneliti dan melaporkan semula kepada Jemaah Menteri berhubung status permohonan semasa doktor-doktor kelahiran Malaysia yang mahu pulang berkhidmat di tanah air.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kementerian itu diminta membuat penelitian terhadap beberapa aspek berkaitan permohonan yang dikendalikan TalentCorp.

“Penelitian itu antaranya membabitkan status permohonan yang diterima, tempoh masa diambil untuk memproses permohonan serta jumlah permohonan yang diluluskan dan ditolak.

“Penelitian itu turut meliputi permohonan doktor-doktor yang mahu kembali ke Malaysia untuk berkhidmat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Katanya, arahan itu dibuat susulan beberapa perkara yang dibangkitkan kepada Perdana Menteri oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Arahan itu dilihat penting bagi memastikan proses pengendalian permohonan TalentCorp dapat dinilai secara menyeluruh, khususnya dari segi tempoh pemprosesan dan keputusan terhadap permohonan yang diterima.

TalentCorp merupakan agensi di bawah KESUMA yang berperanan dalam pembangunan dan pengurusan bakat negara, termasuk usaha menarik serta memudah cara kepulangan bakat Malaysia dari luar negara.

Perkara berkaitan kepulangan doktor rakyat Malaysia dari luar negara turut mendapat perhatian susulan keperluan negara terhadap tenaga profesional dalam sektor kesihatan, selain proses pendaftaran dan pengiktirafan kelayakan perubatan yang melibatkan pihak berkuasa berkaitan. – UTUSAN

The post PM arah Kesuma teliti prestasi TalentCorp, termasuk permohonan doktor luar negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved