PM kecam serangan terhadap anggota polis

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 1:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM kecam serangan terhadap anggota polis

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang lelaki warga asing di Kepong, semalam.

Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.

“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini hari ini.

Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun parah selepas putus pergelangan tangan kanan akibat diserang dengan menggunakan parang.

Mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.-BERNAMA

The post PM kecam serangan terhadap anggota polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved