PM tiba menghadap Tuanku Muhriz

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM tiba menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR: Kenderaan dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana  Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini. 

Kesemua kenderaan tiba tepat pukul enam petang di kediaman tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, petang ini.

Turut dijangka menghadap Tuanku Muhriz ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di ibu negara hari ini. 

Semalam, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Beliau berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.

Bagaimanapun hari ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan 

Kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan masih sah untuk terus menjalankan tugas, tiada keperluan mengemukakan senarai pelantikan yang baharu.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan tafsiran perundangan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, khususnya berkaitan kuasa eksekutif dan kedudukan Exco. – UTUSAN

The post PM tiba menghadap Tuanku Muhriz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved