PM zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan Temerloh

1 Sep 2026 • 8:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan Temerloh

PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang mengorbankan empat nyawa, termasuk sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi menyayat hati selain mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan,” katanya di laman X hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga ketika berada di jalan raya.

Terdahulu, empat individu termasuk tiga beranak maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (Arah Timur) di Kawasan Lanchang, Temerloh, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata, tiga beranak yang maut ialah suami isteri, Muhammad Nazatul Nazmi, 32, dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32 serta anak lelaki berusia empat tahun yang menaiki kereta Proton S70.

Selain itu, seorang lagi penumpang kereta Honda CRV, Seow Beng Wain, 55 dari Shah Alam, Selangor turut meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post PM zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan Temerloh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved