Tragedi LPT1: PM Anwar zahir ucapan takziah, gesa siasatan teliti punca kejadian

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 8:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tragedi LPT1: PM Anwar zahir ucapan takziah, gesa siasatan teliti punca kejadian

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut beberapa nyawa.

Zahir ucapan takziah

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Anwar turut mendoakan agar roh mangsa dicucuri rahmat serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan,” ujarnya.

Gesa siasatan dengan teliti

Dalam pada masa yang sama, Anwar  meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian selain mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan.

“Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya,” tegasnya.

Kemalangan di LPT1, Temerloh itu mengorbankan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi serta anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef

Difahamkan, mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan di Putrajaya sebelum terbabit dalam kemalangan melibatkan 11 buah kenderaan.

Seorang lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada dalam sebuah kenderaan Honda CR-V turut terkorban dalam tragedi berkenaan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved