Baru Semalam Kongsi Kegembiraan, Hari Ini Ramai Menangisi Pemergian Mereka Sekeluarga

1 Sep 2026 • 3:38 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Baru Semalam Kongsi Kegembiraan, Hari Ini Ramai Menangisi Pemergian Mereka Sekeluarga

KUALA LUMPUR – Berita mengenai tragedi nahas ngeri di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Temerloh benar-benar mengejutkan ramai.

Lebih menyayat hati apabila tiga daripada empat mangsa yang terkorban dipercayai merupakan sebuah keluarga, termasuk pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, suaminya Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka.

Menerusi perkongsian rakan dan kenalan di Threads, ramai yang masih tidak percaya dengan pemergian mereka.

Rakan Kongsi Mesej Terakhir Arwah

Seorang rakan yang dikenali sebagai Syazana Syariff meluahkan rasa terkejut selepas baru mengetahui bahawa kawannya itu telah meninggal dunia bersama suami dan anak mereka.

“Ya Allah sumpah tak boleh brain, baru tahu kawan aku meninggal ya Allah… suami isteri dgn anak sekali.”

Dalam satu lagi perkongsian yang cukup menyentuh hati, Syazana turut berkongsi mesej terakhir arwah yang diterimanya bulan lalu.

“Last message dia bulan lepas cakap nk datang wedding sayaaaa Sumpah sedih gilee wehhhh.”

Tangkap layar mesej tersebut menunjukkan arwah pernah menyatakan hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya itu, malah berharap agar diberi umur yang panjang.

Namun siapa sangka, hasrat tersebut tidak kesampaian.

Kenangan Bersama Arwah Anak Undang Sebak

Di ruangan komen pula, kenalan lain turut berkongsi kenangan mereka bersama anak arwah, Armaan, yang dikatakan begitu seronok ketika menyertai acara sukan tadika baru-baru ini.

“Baru seminggu lebih settle sukan tadika anak sy. Sy ingt moment anak arwah seronok ye time ni. Syurga buat awak adik Armaan.”

Lebih memilukan, perkongsian terakhir arwah di media sosial yang menunjukkan kegembiraan anak mereka kini kembali tular dan membuatkan ramai tidak mampu menahan sebak.

Seorang lagi individu turut mengimbau gambar terakhir yang menunjukkan Armaan begitu gembira sehari sebelum kemalangan berlaku.

Selain ucapan takziah, seorang kenalan turut meminta orang ramai yang mengenali keluarga tersebut untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka sekeluarga.

Seorang kenalan turut berkongsi bahawa mereka baru sahaja mengetahui mengenai berita pemergian keluarga itu, manakala ramai pelanggan Secangkir Cafe mengimbau kembali kebaikan arwah yang sebelum ini pernah menerima tempahan makanan dan kek daripada mereka.

Nahas yang berlaku malam tadi itu membabitkan 11 buah kenderaan dan mengorbankan empat individu.

Semoga seluruh keluarga yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. – The Malaysian Update

The post Baru Semalam Kongsi Kegembiraan, Hari Ini Ramai Menangisi Pemergian Mereka Sekeluarga appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved