‘Saya tahu kerja dia berisiko, mak ampunkan Along’

16 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya tahu kerja dia berisiko, mak ampunkan Along’

SEREMBAN- “Along anak yang baik, tak pernah meninggikan suara kepada saya. Sebelum pergi kerja malam tadi, dia tak toleh pun ke arah saya selepas salam. Tak sangka, itulah kali terakhir saya dapat melihatnya.”

Itu luahan pilu Normah Parimin, 64, ibu kepada Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Azrul Rashid Yaakub, 42, yang maut dalam kemalangan ketika menjalankan tugas di Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran susur keluar Senawang, malam tadi.

Image from: ‘Saya tahu kerja dia berisiko, mak ampunkan Along’
MOHD Azrul

Menurut Normah, dia sempat bertanya sama ada anaknya sudah menunaikan solat sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika bekerja.

“Biasanya dia akan pandang muka saya, tetapi semalam (kelmarin) dia tak toleh,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Forest Heights, Senawang di sini hari ini.

Lebih memilukan, Normah berkata, dia turut memasak untuk keluarga pada malam berkenaan, namun Allahyarham tidak menjamah makanan yang disediakan.

Katanya, dia menyangka anaknya itu akan makan selepas pulang bekerja seperti kebiasaannya.

“Mak ampunkan semua dosa Along dan mak halalkan susu mak. Along anak yang baik. Mak doakan semoga Allah reda dan tempatkan anak mak dalam syurga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Azrul meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 10.50 malam ketika menjalankan tugas.-KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya tahu kerja dia berisiko, mak ampunkan Along’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved