“PMX masih takut tiga huruf ini?”, Pemuda UMNO desak GST dikembalikan

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 1:29 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

“PMX masih takut tiga huruf ini?”, Pemuda UMNO desak GST dikembalikan

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak kerajaan mempertimbangkan pengembalian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dengan alasan sistem percukaian negara perlu mempunyai asas kutipan hasil yang lebih luas dan cekap.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, kerajaan tidak seharusnya takut untuk berpatah balik sekiranya sesuatu dasar terbukti lebih baik untuk kedudukan fiskal negara.

“Pemuda ingin mendesak agar GST dikembalikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026.

Menurut beliau, kutipan GST sebelum ini pernah mencecah RM44.3 bilion setahun berbanding anggaran SST sekitar RM21 bilion.

Beliau turut membangkitkan perkembangan terkini apabila kerajaan dikatakan bersedia mengkaji sistem percukaian yang menggabungkan unsur GST dan SST.

Katanya, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng juga telah menyarankan supaya GST dikembalikan sekiranya sistem berkenaan terbukti lebih berkesan berbanding SST.

“Kalau wakil DAP sendiri sudah berani menyebut GST, mengapa PMX masih takut kepada tiga huruf ini?” katanya.

Menurut beliau, tidak menjadi satu kesalahan bagi kerajaan mengubah pendirian sekiranya perubahan itu akhirnya menghasilkan dasar yang lebih baik kepada negara.

“Tidak salah berpatah balik apabila akhirnya kita kembali ke jalan yang betul.

“Hendak dinamakan MADANI Tax sekalipun, gunalah. Kalau benda itu baik, kami sokong. Kalau benda itu tak baik, kami akan tentang habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata, sistem hasil negara yang kukuh penting bagi membolehkan kerajaan membiayai pelbagai program kebajikan dan bantuan kepada rakyat.

The post “PMX masih takut tiga huruf ini?”, Pemuda UMNO desak GST dikembalikan appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved