PN diselamatkan daripada jadi cagaran, hantaran satukan dua pihak - Fadhli Shaari

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 4:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PN diselamatkan daripada jadi cagaran, hantaran satukan dua pihak - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) didakwa diselamatkan daripada menjadi cagaran dan mahar politik melibatkan beberapa pihak.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat dua pihak yang selama ini cuba berunding secara senyap dengan menjadikan PN sebagai hantaran penyatuan.

"Jika dengan kuasa nipis dalam parti yang kecil sahaja pun mereka sanggup merayu untuk saling menyokong satu sama lain atas semangat ‘kekanda dan adinda’, apatah lagi jika PN masih kekal bersama mereka," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam satu kenyataan membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Keputusan tersebut dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Menurut RoS, alasan yang diberikan PN tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran seperti dinyatakan dalam notis bertarikh 22 September 2026, selain tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved