PN nilai prestasi setiap pengerusi negeri

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

PN

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan menilai prestasi semua pengerusi gabungan itu di seluruh negeri sebelum membuat keputusan sama ada perlu berlaku perubahan pucuk kepemimpinan atau sebaliknya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diberikan perhatian dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN yang diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, penilaian semula itu mengambil kira ketetapan ketika pelantikan pengerusi PN negeri dibuat pada Mac lalu yang menetapkan prestasi mereka dikaji selepas tempoh enam bulan.

“Atas cadangan daripada pembahas semasa Muktamar Pas, Pengerusi PN telah memutuskan akan mengadakan mesyuarat segera pada bulan ini. Antara yang akan diberikan perhatian dalam mesyuarat itu ialah meneliti kembali prestasi pengerusi PN negeri-negeri.

“Semasa dilantik dulu, Pengerusi PN telah menyatakan ada dalam minit pelantikan yang dibuat tertakluk kepada kajian prestasi selama enam bulan. Jadi, dilantik bulan tiga, September ini sudah cukup enam bulan. Berkemungkinan kita mengkaji semula,” katanya semasa penggulungan Ucapan Dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, penilaian tersebut sangat penting terutama ketika PN berdepan keadaan beberapa parti gabungan yang kedudukannya belum stabil.

Katanya, MT PN pada 14 Mac lalu telah membuat keputusan melantik sebahagian pengerusi PN negeri.

“Bagaimanapun, pelantikan di beberapa negeri ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.

Setiausaha Agung Pas itu berkata, kuasa melantik pengerusi badan perhubungan PN negeri adalah di bawah Pengerusi PN seperti diperuntukkan dalam Fasal 21.2(i) Perlembagaan PN.

“Jelas. Ini perlembagaan, bukan kita buat, tetapi ada orang dakwa dia yang buat, namun dia sudah tidak ada. Inilah kuasa pelantikan Pengerusi PN,” katanya. – UTUSAN

 

The post PN nilai prestasi setiap pengerusi negeri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved