
KOTA BHARU: Nasib dan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) dibincang dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia akan diputuskan menerusi Mesyuarat Tertinggi (MT) gabungan itu.
“Saya diarahkan oleh Pengerusi PN untuk mengeluarkan notis mesyuarat pada bulan ini juga dan mesyuarat berkenaan berlangsung di Kuala Lumpur.
“Kita nak lihat kedudukan parti-parti anggota dalam ini. Mungkin ada parti-parti baru yang nak menyertai PN,” katanya dalam sidang media Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Takiyuddin berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan soal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. – UTUSAN
-habis-
The post Nasib Bersatu dalam PN dibincang dalam masa terdekat appeared first on Utusan Malaysia.






