
KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu dan penumpang sebuah Perodua Alza yang dirakam melakukan aksi berbahaya apabila sebahagian badan penumpang dikeluarkan melalui tingkap belakang ketika kenderaan itu sedang bergerak.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mengesahkan pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi Threads, semalam yang memaparkan aksi berkenaan.
“Hasil semakan mendapati kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 1, Lebuh Raya Kajang-Seremban menghala ke Kajang.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-2966 7474. – KOSMO! ONLINE
The post Polis buru pemandu, penumpang aksi bahaya ‘keluar badan’ dari Alza appeared first on Kosmo Digital.






