Polis Giat Kesan Suspek Serang Joe Zakaria Hingga Patah Tulang Mata

14 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di media sosial YouTuber bola sepak dikenali sebagai Joe Zakaria dipukul dua individu tidak dikenali.

Dalam rakaman tular, suspek dilihat memakai topeng muka dan topi keledar. Selepas menyerang, salah seorang suspek didakwa merakam gambar.

Diserang ketika mahu isi angin tayar

Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak polis kini sedang menyiasat kes serangan tersebut.

Dilaporkan kejadian yang berlaku pada 11 Julai lalu di Bandar Sri Damansara menyebabkan Joe Zakaria patah tulang mata dan mengalami beberapa kecederaan lain.

Image from: Polis Giat Kesan Suspek Serang Joe Zakaria Hingga Patah Tulang Mata
Kredit: Thread @elydia.hashim

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 7.56 malam, Sabtu lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa mahu mengisi angin tayar sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC.

Mangsa kemudian dipukul beberapa kali dan kejadian itu turut dirakam. Setakat ini, identiti kedua-dua suspek belum dikenalpasti kerana mereka memakai topeng.

Polis teliti CCTV dan dashcam

Image from: Polis Giat Kesan Suspek Serang Joe Zakaria Hingga Patah Tulang Mata

Shamsudin berkata, polis kini sedang mengumpul bukti untuk mengenal pasti suspek termasuk menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada kenderaan awam.

Pada masa yang sama, pihak polis akan memanggil dan merakam percakapan saksi-saksi yang boleh membantu siasatan.

Menurut beliau, punca sebenar serangan itu masih belum diketahui. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

Nota Oh! Media:
Apa pun puncanya, serangan fizikal bukan jalan penyelesaian. Semoga pelaku segera ditangkap dan menerima hukuman setimpal.

Sumber: Harian Metro
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Polis Giat Kesan Suspek Serang Joe Zakaria Hingga Patah Tulang Mata appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved