Polis giat siasat kes lelaki ‘snap’ gambar bawah skirt wanita

31 Mar 2026 • 10:54 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mengambil gambar bawah skirt seorang wanita di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, mengesahkan menerima laporan berikutan tularnya video insiden tersebut di media sosial.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek yang terlibat. Perkembangan akan dimaklumkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek berada di dalam premis berkenaan selama beberapa minit sambil memegang telefon bimbit untuk merakam gambar bawah skirt wanita tidak dikenali.

Suspek kemudian dipercayai beredar selepas tindakannya disedari pengunjung lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – MYBERITA