Polis jejak pemandu MPV tular kanak-kanak duduk atas bumbung

3 Sep 2026 • 8:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis jejak pemandu MPV tular kanak-kanak duduk atas bumbung

Polis Ipoh giat mengesan pemandu MPV selepas video tular menunjukkan beberapa kanak-kanak mengeluarkan badan menerusi bumbung matahari kenderaan bergerak.

IPOH: Polis giat mengesan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial kerana beberapa kanak-kanak duduk di bumbung kenderaan itu semasa bergerak.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata video tular itu dikesan di Facebook yang dikongsi pengguna media sosial tersebut semalam.

“Hasil siasatan, polis berjaya mengesan pemilik kenderaan. Bagaimanapun pemandu semasa kejadian berlaku belum dikenal pasti dan kenderaan itu dipercayai disewa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Muhammad Najib berkata kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak dan tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zurainie Syamira Mohd Zainudin menerusi talian 017-955 8984 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video tular berdurasi 21 saat menunjukkan beberapa kanak-kanak mengeluarkan sebahagian badan mereka melalui sunroof atau bumbung matahari sebuah kenderaan bergerak di lebuh raya dipercayai berlaku di Lebuhraya Meru-Jelapang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved