Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap hari, ada sahaja gelagat dan aksi pengguna jalan raya yang dikongsikan di media sosial.
Dua Individu Duduk Di Atas Alphard Sedang Bergerak Di Lebuh Raya
Semalam (2 September), tular rakaman video aksi berbahaya dua orang individu dipercayai kanak-kanak yang duduk di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @hambarlahkau, kelihatan dua budak perempuan duduk di atas bumbung menerusi sunroof (bumbung tembus cahaya) dalam keadaan kenderaan yang sedang bergerak dipercayai di Lebuh Raya Meru Jelapang Ipoh.
Kenderaan Dipandu Di Lorong Kanan Dengan Kelajuan 100km/jam
Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, kelihatan Alphard berwarna putih itu pada mulanya melalui jalan selekoh sebelum memotong kenderaan lain dan memasuki lorong kanan lebuh raya terbabit.
Apa yang menjadi perhatian, kenderaan itu didakwa dipandu dengan kelajuan 100 kilometer per jam (km/jam).
Dapat dilihat kedua-dua individu terbabit langsung tidak berganjak dan kekal duduk di atas bumbung kenderaan berkenaan yang sedang bergerak.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6.45 petang namun tarikh sebenar kejadian terbabit tidak dinyatakan.
View on Threads
Polis Siasat Video Tular Papar Kanak-Kanak Duduk Atas Bumbung
Dalam pada itu, polis sedang menyiasat rakaman tular yang memaparkan aksi berbahaya kanak-kanak perempuan duduk di atas bumbung Alphard itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, sehingga kini, tiada laporan polis yang diterima mengenai kejadian terbabit.
Tambah Muhammad Najib, pihaknya sedang mengesan pemilik kenderaan terbabit.
“Kita akan kenal pasti. Kalau betul kanak-kanak, kita akan siasat bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya yang dipetik dari Astro Awani.
Tindakan Kanak-Kanak Duduk Atas Bumbung Kereta Undang Kecaman
Perkongsian yang telah mendapat lebih 333,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan pemandu kenderaan terbabit yang membiar serta mendedahkan kanak-kanak perempuan tersebut kepada bahaya.
Malah, ada yang menzahirkan kerisauan sebaik melihat situasi tersebut serta membayangkan kesannya jika berlaku kemalanagan.
Bukan itu sahaja, ada segelintir pengguna yang mendakwa turut ternampak aksi berbahaya itu di kawasan berlainan.
Tidak kurang juga ada yang menyeru pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan kepada si pelaku.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Ya Allah, Diorang Tak Takut Ke Sekali Driver Terbrek Menegjut, Diorang Akan Tercampak Ke Depan & Menyusahkan Orang Lain”

“JPJ Malaysia, Mohon Ambil Tindakan”

“Aku Balik Kerja Tadi Tererempak Dengan Kereta Ni, Kereta Mahal, Tapi Tak Fikir Bahaya Buat Macam Tu”

“Biar Betul Duduk Atas Kereta Macam Tu?”

“Melampau, Sangat Bahaya! Bod*nya Owner/Pemandu Kereta Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Jatuh & Nyaris Digilis Lori, Ramai Geram Lihat Aksi Berbahaya Mat Rempit Di Lebuh Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rider Buat Aksi Bahaya Tunggang Motor Tak Pulas Throttle, Siap Duduk Atas Kotak Monorack Undang Perhatian [Video]





