Polis kawal sekolah selepas pelajar ugut tembak rakan sekelas

12 Aug 2026 • 6:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis kawal sekolah selepas pelajar ugut tembak rakan sekelas

CHIANG MAI: Polis meningkatkan kawalan keselamatan di sebuah sekolah di Chiang Mai selepas seorang pelajar menyiarkan mesej ugutan untuk menembak pelajar lain termasuk mereka yang dituduh membulinya.

Mesej berkenaan dimuat naik dalam kumpulan aplikasi Line yang digunakan pelajar. Berdasarkan tangkap layar, pelajar tersebut mengugut untuk serangan tembakan pada Isnin, selain menyuruh mereka berkumpul serta mengkhususkan pelajar yang didakwa membulinya.

Tangkap layar itu kemudiannya dikongsi dalam kumpulan Line ibu bapa yang kemudiannya mendesak pihak sekolah untuk menghubungi Balai Polis Mae Ping.

Anggota polis dikerah ke sekolah berkenaan pada hari sama bagi menilai situasi dan memastikan keselamatan pelajar serta warga sekolah. Polis turut mengenalpasti dan menyoal siasat pelajar yang bertanggungjawab membuat hantaran tersebut.

Pelajar berkenaan mengaku menyiarkan mesej itu, namun mendakwa ia dibuat secara melulu kerana mengikut trend dalam talian dan tidak menyangka hantaran tersebut akan menjadi isu serius.

Ibu bapa pelajar berkenaan diminta hadir bertemu pihak berkuasa ketika polis terus menyiasat punca dan keadaan di sebalik mesej ugutan tersebut.

Beberapa pelajar memilih untuk tidak hadir ke sekolah, manakala ada yang diambil lebih awal oleh ibu bapa masing-masing.

Polis di seluruh Chiang Mai turut diarah meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di sekitar sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa.

Pihak berkuasa menggesa pelajar dan ibu bapa agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah, sambil memberi amaran tindakan itu boleh mencetuskan panik atau menggalakkan tingkah laku meniru tindakan tersebut.

Insiden ini berlaku tidak lama selepas kejadian tembakan di Sekolah Debsirin Nonthaburi yang mengorbankan sembilan nyawa, sekali gus meningkatkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan sekolah di Thailand. -AGENSI

The post Polis kawal sekolah selepas pelajar ugut tembak rakan sekelas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved