Polis KL lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM5 juta

19 Aug 2026 • 11:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis KL lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM5 juta
Fadil (empat dari kanan) menunjukkan dadah yang akan dilupuskan.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur melupuskan 5,022 barang kes dadah bernilai lebih RM5 juta pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, antara dadah yang dilupuskan adalah methamphetamine, kenabis, kokain, ketamin, air ketum serta pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan berjumlah 544.28 kilogram dan 963.34 cecair liter.

"Pelupusan dadah itu membabitkan 4,884 kertas siasatan yang sudah selesai proses pendakwaan di mahkamah dari 2007 hingga 2025," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Fadil berkata, barang kes dadah itu dilupuskan menggunakan khidmat Kualiti Alam Sdn Bhd berdasarkan kemampuan dan pengalaman syarikat itu.

"Syarikat itu difahamkan menggunakan fasiliti terbaharu iaitu 'scheduled waste to energy' atau insinerator.

"Pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan sisa Kualiti Alam Sdn Bhd di Pusat Rawatan Sisa Buklt Pelandok Negerl Sembilan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved