Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

22 Apr 2026 • 9:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurqayas

ISKANDAR PUTERI - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan ahli keluarganya hilang sejak 30 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan Nurqayas Noor Mohamad iaitu remaja etnik Rohingya disedari keluarganya.

"Bapa remaja tersebut yang berusia 34 tahun melaporkan kehilangan anaknya itu di kawasan Gelang Patah.

"Remaja berkenaan berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 50 kilogram, berkulit hitam manis dan hidung mancung," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, alamat terakhir remaja berkenaan di nombor 8, Jalan Nusantara 3/4, Taman Nusantara, Gelang Patah di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Syafiqa Hamzon 013-7416882 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri 07-5113622@Hotline 07-5114486. bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved