
Polis menafikan dakwaan tular kononnya sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) mengiringi kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi di Kampung Tasik Tambahan, Ampang, Sabtu lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, dakwaan bahawa anggota polis bersekongkol dalam kegiatan berkenaan adalah tidak benar.
Menurut beliau, anggota MPV berkenaan digerakkan selepas menerima maklumat daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya susulan aduan orang ramai.
Beliau menjelaskan, lampu beacon pada kenderaan polis turut dipasang mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika anggota menjalankan tugas di lokasi kejadian.
Baca juga:
Mama Imani terima sumbangan RM30,000, dijanjikan rumah
‘Pelik juga kalau sempat tambah perabot baharu sebelum serahkan kunci’ – Fadhli
Dua pelajar maut, motosikal bertembung kereta ketika pulang dari sekolah
Noor Hisam memaklumkan, polis telah mengambil tindakan terhadap kegiatan mencuri kabel berkenaan dengan seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kediaman berhampiran lokasi kejadian tersebar di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
Rakaman itu turut menimbulkan dakwaan bahawa kenderaan polis berkenaan sedang mengiringi sebuah kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi sebelum perkara tersebut dinafikan pihak berkuasa.
The post Polis nafi dakwaan MPV ‘escort’ kenderaan bawa kabel curi di Ampang appeared first on The Reporter.






![Lelaki Ditahan Polis Ketika Curi Kabel Menggunakan Pacuan Empat Roda [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-21-at-5.08.42-PM-1024x681.jpeg?t=1789983861)