Lelaki Ditahan Polis Ketika Curi Kabel Menggunakan Pacuan Empat Roda [Video]

21 Sep 2026 • 5:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang menaiki sebuah pacuan empat roda yang didakwa cuba menarik keluar kabel di sebuah jalan.

View on Threads

Polis terima maklumat orang awam berhubung insiden curi kabel

Terbaharu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memaklumkan Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya telah menerima maklumat orang awam mengenai insiden kecurian kabel berdekatan Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang, Kuala Lumpur.

Bertindak atas maklumat itu, jam sekitar 4.18 pagi pada 19 September sepasukan polis dari Balai Polis Ampang bersama MPV SL 812 telah tiba di lokasi dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menarik keluar kabel dari sebuah manhole.

Polis tahan pemandu pacuan empat roda dan rampas barangan berkaitan

Menurut Khairul Anuar, kenderaan pacuan empat roda itu dipandu oleh seorang lelaki dan lelaki berkenaan telah pun ditahan.

Selain itu barangan berkaitan turut dirampas sebelum suspek dan barangan yang dirampas dibawa ke Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut.

Kes tular di TikTok, kes disiasat di bawah empat seksyen

“Pihak polis turut mengesan satu hantaran video berkaitan kejadian yang tular di aplikasi TikTok melalui pautan HTTPS://VT.TIKTOK.COM/ZSQV9LBCW/.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika disabitkan kesalahan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Seksyen 431A pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Manakala Seksyen 124K memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya, tertakluk kepada peruntukan undang-undnag yang berkuat kuasa,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk tampil membantu siasatan atau menyalurkannya kepada pihak polis.

“Kes masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan kandungan tidak sahih atau mengambil tindakan sindirian berkaitan kejadian ini,” ujarnya lagi.

Semakan kami pada video mendapati video insiden yang tular berkenaan sememangnya berlaku di kawasan tersebut. Ini berdasarkan persekitaran dan mercu tanda dalam video di kawasan sekitar yang sama seperti foto dalam Google Maps.

Image from: Lelaki Ditahan Polis Ketika Curi Kabel Menggunakan Pacuan Empat Roda [Video]

Polis tahan 7 individu di Pahang disyaki terlibat kes curi kabel utiliti

Dalam satu lagi perkembangan berbeza, polis di Temerloh berjaya membongkar kegiatan tiga kumpulan yang disyaki terlibat kes curi kabel utiliti dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000 selepas menahan seramai tujuh orang dalam beberapa serbuan di Temerloh dan Mentakab, Pahang lapor Berita Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron tiga kumpulan berkenaan dikenali sebagai:

  • Geng Mat Elektrik
  • Geng Nista
  • Geng Sasi

7 lagi individu masih diburu polis

Walau bagaimanapun, seramai tujuh lagi suspek masih lagi diburu polis.

Tangkapan tujuh supek itu dilakukan oleh pasukan task force khas antara 15 hingga 19 September yang lali hasil daripada risikan ekoran kes kecurian kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Semua suspek yang ditahan berusia 16 hingga 40 tahun itu terdiri enam lelaki dan seorang wanita.

“Daripada tujuh ditahan, tiga dipercayai terbabit secara langsung mencuri kabel manakala dua lagi membantu memproses kabel termasuk membakar dan melapah getahnya.

“Empat suspek mempunyai rekod lalu berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang daripada Geng Nista positif metamfetamin,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved