Polis Selangor siasat kes buli pelajar tingkatan tiga di Shah Alam

19 Aug 2026 • 3:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis Selangor siasat kes buli pelajar tingkatan tiga di Shah Alam

Polis Selangor sahkan terima laporan pelajar tingkatan tiga dibuli di sebuah sekolah menengah di Shah Alam. Suspek 17 tahun ditahan dan dibebaskan jaminan.

SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mendakwa menjadi mangsa buli sehingga berisiko hilang pendengaran di sebuah sekolah menengah di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata suspek berusia 17 tahun telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara pihaknya melengkapkan siasatan.

“Siasatan masih berjalan dan kejadian dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek antara rakan sekolah,” katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sini hari ini.

Shazeli bagaimanapun tidak mengulas kecederaan dialami mangsa kerana perlu menunggu laporan rasmi pegawai perubatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar berusia 15 tahun didakwa cedera pada leher dan tengkuk serta berisiko kehilangan pendengaran kerana dipukul di sebuah sekolah menengah.

Kejadian itu turut didakwa menyebabkan pelajar tersebut mengalami trauma serius sehingga banyak berkurung di dalam bilik, kurang selera makan dan enggan bercakap.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved