Polis selesai kes curi tabung derma masjid di Pasir Mas

26 Aug 2026 • 11:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis selesai kes curi tabung derma masjid di Pasir Mas

PASIR MAS: Polis menyelesaikan kes curi tabung masjid di daerah ini selepas menahan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Dangar, di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada pukul 7.30 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata,polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Avantis, topi keledar, kunci motosikal, sehelai baju, sehelai seluar, wang tunai RM40, spanar besi dan tiga tabung wang daripada suspek.

Katanya, semakan mendapati, lelaki itu mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan dua rekod jenayah.

“Suspek juga positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian awal saringan air kencing dijalankan.

“Tangkapan lelaki itu berjaya menyelesaikan tiga kes curi tabung masjid yang berlaku di daerah ini dengan anggaran kerugian melibatkan RM3,000,” katanya.

Mohd. Yusoff berkata, suspek ditahan reman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. – UTUSAN

The post Polis selesai kes curi tabung derma masjid di Pasir Mas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved